Makluman

Blog ini diselia oleh Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.

Sejarah



Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama ditubuhkan pada tahun 7 Ogos 2009 pada hari Jumaat bersamaan 16 Sya'ban 1430H bertitik tolak daripada pengenalan program Pengajian Akidah dan Agama sebagai program terbaru di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM pada tahun yang sama. 


Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama ini diharap dapat melahirkan intelek Muslim yang berilmu tinggi serta mantap amalan Islam khususnya dalam bidang akidah, dakwah, ilmu-ilmu Al-Quran dan Al-Sunnah, pemikiran serta falsafah Islam. Mereka juga diharap dapat menjadi generasi pemimpin di masa hadapan sekali gus mampu memainkan peranan sebagai pendidik, pendakwah, cendekiawan islam, pengurus, pentadbir usahawan yang efisien selaras dengan keperluan dalam arus pembangunan Negara. 

Usaha ini adalah bagi menyahut cabaran alaf baru untuk melahirkan generasi yang mempunyai kekuatan ilmu, berketerampilan, berkemahiran tinggi dan iltizam yang jitu berlandaskan prinsip-prinsip Islam.

Presiden PERWADAH 
Sesi 2010/2011 :    Mohd. Roslan bin Yusoff
Sesi 2011/2012 :    Mohamad Razif bin Mohamad Fuad
                                  Bersama Menuju Transformasi PERWADAH

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification