Makluman

Blog ini diselia oleh Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts

Apakah Doa dan Usaha Bisa Mengubah Takdir?


Oleh: Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni, Pensyarah Kanan, Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM

Terkadang kita mendengar suara keluhan seseorang bahwa saya sudah beribadah dengan sungguh-sungguh shalat, puasa, tapi tetap saja saya miskin, fakir, dan tidak memiliki apa-apa seperti halnya orang lain. Ah ... mungkin inilah yang sudah ditakdirkan oleh Allah untuk saya. Dan mungkin Allah memang sudah menetapkan nasibku seperti ini.
Sebagaimana yang kita ketahui bersama, mempercayai qada dan qadar adalah rukun iman yang ke enam atau yang paling terakhir, hukumnya wajib dipercayai, diyakini dan diamalkan dengan sebenar-benarnya.

Pendirian PERWADAH Berhubung Isu Program Liqa' Anjuran SPMM

Sekadar hiasan

PENDAHULUAN

Lewat kini, sudah mula timbul beberapa isu di peringkat kampus berkenaan perihal tabdi’ dan takfir. Isu ini pada mulanya hanyalah sekitar hal-hal terpencil sebelum merebak kepada perkara-perkara yang lebih besar.

Menurut laporan yang diterima, wujud segelintir pihak yang menolak pelaksanaan usrah ataupun dinamakan sebagai Liqa’ di Universiti Sains Islam Malaysia. Program Liqa’ ini adalah hasil usahasama antara Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia USIM dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM.

Golongan ini dikatakan menghukumkan liqa’ atau usrah atau apa juga yang berkaitan dengannya sebagai haram dan bid’ah. Masih kabur mengapa pendekatan ini tidak dipersetujui oleh sesetengah golongan ini. Mungkin kerana berdalilkan perkara ini (usrah/liqa’/halaqah) tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W.  Mungkin juga ini disebabkan oleh pendekatan dakwah melalui usrah yang dijalankan oleh Ikhwanul Muslimin ini tidak dipersetujui oleh golongan ini.

Hakikatnya, memang terdapat beberapa perselisihan faham antara sebahagian dari golongan ini dengan manhaj yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin dan khususnya pendirian beberapa pimpinan  Ikhwanul Muslimin dalam beberapa isu.

Manaqib Imam Abu Hassan al-Asy'ari



Nama sebenar beliau ialah Abu al Hassan Ali bin Ismail bin Abi Bisyr Ishak bin Salim bin Ismail bin Abdullah bin Musa bin Amir al Basrah Bilal bin Abi Burdah bin Abi Musa Abdullah bin bin Qis (sahabat Baginda SAW). Beliau dilahirkan pada 260 Hijrah.
Ayahnya ialah Ismail bin Ishak, merupakan muhaddith dan berpegan dengan Mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Sebelum kematiannya, beliau mewasiatkan anaknya kepada Zakaria bin Yahya as Saji, yang merupakan seorang faqih dan hebat dalam ilmu Hadis.

Beliau juga berketurunan daripada Abu Musa al Asy’ari yang merupakan Sahabat Nabi SAW, dan terlibat dalam peristiwa Tahkim, yang menyebabkan munculnya Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Beliau hidup sederhana dengan mengusahakan tanah milik keturunannya. Dengan wang inilah beliau menyara kehidupannya.

Bagaimana Memakai Cincin Mengikut Sunnah?


Sumber : Ustaz Nazrul Nasir




Ada seorang sahabat yang sangat mencintai sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam telah bertanya kepada saya tentang cara pemakaian cincin menurut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam.


Saya tidak ingin menjawab dengan pandangan saya yang sangat faqir di dalam ilmu, namun saya akan memberikan jawapan yang telah diberikan oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuti rahimahullah dan para ulama yang lain. Jawapan daripada para ulama ini akan saya ringkaskan agar mudah difahami oleh para pembaca.

Apa itu Syiah?



Jawapan ditulis oleh Syaikhuna Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri, mantan Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM, ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan.

Soalan: Apa yang dimaksudkan dengan Syiah? Adakah ia merbahaya?

Jawapan:
Syeikh Muhammad Abu Zahrah di dalam kitabnya Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah menyebut: “Syiah merupakan mazhab politik Islam yang terawal yang muncul pada akhir pemerintahan Uthman RA dan mula berkembang pada zaman Ali RA.

Budaya Ilmu Kini - Jahil Dalam Disiplin Ilmu



Soalan yang perlu dijawab :

1. Pernahkah anda melihat ada pelajar yang mengatakan tidak perlu ikut mazhab tetapi ambil sahaja al Quran dan Hadith Sahih? (sedangkan yang berkata ini jahil di dalam ilmu hadith yang berkaitan dengan hadith hasan, hadith hasan sahih, hadith dhoief - bahkan menyamakan hadith dhoief dengan hadith maudhuk)

2. Pernahkah melihat hujjah yang mengatakan ulamak pun ada buat silap, bukan maksum (sedangkan dirinya pun lagi banyaknya salah kerana tidak mempunyai ilmu seperti ulamak yang dikatanya silap dan bukan maksum tersebut) ?.

3. Pernahkah melihat di dalam blog tertentu yang ada novel-novel yang diisikan dengan pengisian cerita yang menukilkan tentang kalam ulamak agar jangan bertaqlid, mazhabku adalah hadith sahih (sedangkan kalam ulamak mujtahid ini ada disyarahkan dan ditujukan kepada golongan tertentu iaitu mereka yang bertaraf mujtahid - mereka yang mampu untuk mengistinbath (mengeluarkan) hukum sahaja).

4. Pernahkah anda melihat atau membaca mereka yang kuat mengatakan amalan-amalan tertentu (yang telah dipersetujui ulamak ia adalah khilaf (perselisihan pendapat antara ulamak mujtahid)) sebagai bid'ah sesat?

*************************************************************************************

Ketahuilah bahawa mereka yang terlibat di atas ada antara mereka adalah mereka yang tidak mahu belajar adab di dalam disiplin ilmu. Gelojoh dan terburu-buru untuk menjadi seorang pakar hukum tanpa menyelidik dan mengkaji pendapat dan hujjah ulamak muktabar yang lain.

Bersama kita renungi kisah imam syafi'e (mujtahid mutlaq pengasas mazhab Syafie) bagaimana beliau sedari kecil belajar mengenai al Quran sehingga dapat menghafaznya pada umurnya 9 tahun. Kemudian belajar hadith dengan cara mendengar dan bertemu sendiri dengan guru-guru hadith, dan beliau mencatatnya di atas tulang, tembikar dan kulit binatang. Bahkan beliau juga mempelajari bahasa Arab yang asli dengan Kabilah Hudzail sehinggalah beliau mahir dalam bidang hadith, hafalan al Quran, bahkan dalam kesusasteraan bahasa Arab yang asli.

Menurut Dr Said Ramadhan al Buthi dalam bukunya - Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syarii'ata Al Islamiyyah mengenai pendidikan Imam Syafie
'Tentang ilmu hadith, beliau belajar kepada Imam Sufyan bin Uyainah, seorang alim besar ahli hadith kota Mekah di masa itu. Adapun tentang ilmu al Quran, beliau belajar kepada Imam Ismail bin Qasthanthin, seorang alim besar ahli Quran di Kota Mekah pada masa itu. Selanjutnya, kepada para ulama lain di masjidil Haram. Beliau belajar berbagai ilmu pengetahuan agama. Ketika berumur 15 tahun, beliau telah menduduki kerusi mufti di Kota Mekah.'

Ketika umurnya 10 tahun, beliau sudah memahami kitab al Muwattha' karangan Imam Malik bin Anas (pengasas mazhab Maliki). Bahkan beliau juga mempertahankan mazhab Maliki.

Dan semasa beliau sudah mempunyai ilmu alat (ilmu asas yang menjadi keperluan untuk mengistinbath hukum) barulah beliau mengemukakan pendapatnya sendiri, serta mengomentari pendapat gurunya (imam Maliki) jika ada yang lemah. Tetapi tidak pula imam Syafie mengatakan ia sebagai bid'ah sesat!. Ini kerana akhlaq yang terbina di dalam diri seorang ulamak yang benar-benar takutkan ALlah untuk menjaga lisan, perilaku dari perbuatan yang tiada hak.

Begitulah - sehingga ramai murid imam syafie yang mengikuti terdiri dari ulamak-ulamak besar, bahkan ada di kalanganya adalah muhaddithin (ulamak hadith), mujtahid tarjih (ulamak yang mampu mengetahui dan menilai mana pendapat yang kuat dan lemah), mujtahid mazhab, mujtahid fatwa seperti Imam Bukhari, Imam Abu Bakar al Humaidi, Imam Ahmad bin Hanbal (pengasas mazhab Hanbali), Imam al Buwaithi, Imam Muhammad bin AbduLLah. Dan ramai lagi - anda boleh menyelusuri sendiri dari kitab Tabaqat Syafi'eyyah karangan al Subki.

Subhanallah - mereka ini semuanya belajar dengan disiplin ilmu yang ketat. Mempelajari semuanya dari asas bersama-sama dengan adab sebagai pelajar dan sehinggalah menjadi ulamak yang hebat. Barulah ada antara mereka yang mendirikan mazhab sendiri (setelah menjadi mujtahid mutlaq) dan ada yang terus untuk mengikuti mazhab syafie.

Hakikatnya kini, banyak kecelaruan yang timbul dengan adanya pelajar, golongan profesional yang belajar tanpa ada ilmu asas. Gelojoh hendak mempelajari ilmu yang lebih mendalam. Sehinggalah berani mengeluarkan fatwa dan pendapat sendiri berdasarkan kejahilan dan hawa nafsu sendiri kerana tidak belajar mengikut kaedah yang betul dan disiplin ilmu yang benar. Mereka tidak memikirkan kesan buruk yang timbul kepada orang awam (yang tidak mampu untuk menjadi ulamak mujtahid). Hingga timbullah pecah belah antara umat Islam.

Allah memerintahkan bukan sahaja dalam urusan kepimpinan, bahkan juga dalam urusan agama untuk memberikan amanah kepada yang berhak dan berkelayakan.
Firman Allah subhanahua ta'ala dalam surah An-Nisa'ayat 58 yang berbunyi :


Maksudnya Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil ".


Daripada Abu Hurairah dia berkata:

“Ketika Nabi s.a.w. di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badawi lalu bertanya: "Bilakah hari kiamat?". Rasulullah s.a.w. meneruskan ucapannya. Ada yang berkata "Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya". Sementara yang lain pula berkata "Bahkan baginda tidak mendengar". Apabila telah selesai ucapannya, bagida bertanya: "Manakah orang yang menyoal". Jawab (badawi tersebut): "Saya di sini wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat". Tanya badawi tersebut: "Bagaimanakah menghilangkan amanah itu". Sabda baginda: "Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat".(Riwayat al Bukhari)


Berhati-hatilah wahai diri, perhatikan dari mana kamu mengambil urusan agama. Semoga dijauhkan dari pendustaan terhadap Allah dan RasulNya serta melakukan kezaliman terhadap ulamak dan umat Islam.

Sumber Rujukan : Dr Said Ramadhan al Buthi, Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syarii'ata Al Islamiyyah, K.H AbduLlah Zakiy Al-Kaaf,Bahaya Bebas Mazhab Dalam Keagungan Syariat Islam.

Jawapan Kepada Tafsiran Puak Wahabi Terhadap Kata-Kata Imam Malik




Golongan wahhabi ini turut menjadikan kata-kata al-Imam Malik yang berikut bagi membuktikan bahawa golongan Salaf  (Salafi bukan Wahhabi) beriktikad bahawa Allah itu bersemayam di atas `Arasy dan ini adalah kata-kata al-Imam Malik.

Al-Imam Malik pernah ditanya tentang makna “Istawa” sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam kitabnya Al Asma’ Was-Sifat[1]:

"يَا أَبَا عَبْد ِاللهِ: الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىْ كَيْفَ اسْتِوَاؤُهُ؟ قَالَ: فَاطُرَقَ مَالِكٌ وَ أَخَذَتْهُ الرَّحْضَاءَ ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ: الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىْ كَمَا وَصَفَ نَفْسَهُ, وَلا يُقَالُ كَيْفَ وَ كَيْفَ عَنْهَ مَرْفُوْعٌ وَ أَنْتَ رَجُلٌ سُوْءٌ صَاحِبُ بِدْعَةٍ أَخَرَجُوْهُ. قَالَ فَأَخْرُجَ الرَّجُلَ".

Maksudnya: 
"Wahai Abu Abdillah: “Ar-Rahman di atas `Arasy istawa”, bagaiman Dia istawa? Maka al-Imam Malik menundukkan kepalanya dan peluh membasahinya, kemudia beliau mengangkat mukanya lalu berkata: “Ar-Rahman di atas `Arasy istawa sepertimana Dia sifatkan diri-Nya dan bagaimana istawa-Nya (kaif) diangkat daripada-Nya (tiada bagi-Nya kaif). Sesungguhnya engkau ahli bid`ah, usirlah dia. Maka lelaki itupun diusir pergi" .

Senarai Ulama' Beraliran Asya'irah


Antara Ulama’-Ulama’ dalam Bidang Akidah yang Bermazhab Al-Asya’irah

Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari, pengarang kitab Al-Luma’ dan Maqolat Islamiyyin

Imam Al-Baqillani (405H)

Abu Ishaq Al-Isfarayini (418 H)

Imam Ishaq As-Syirazi (476 H)

Imam Al-Juwaini

Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini (478 H), pengarang kitab An-Nizomiyah

Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali r.a. pengarang kitab Al-Iqtisod fi Al-I’tiqod (505 H)

Imam Ibn ‘Asakir (576 H), pengarang kitab tabiyiin Kazb Al-Muftari

Imam As-Syahristani (548 H)

Imam Fakhruddin Ar-Razi pengarang kitab Asas At-Taqdis (606 H)

Imam Al-Allamah Al-Amadi (631 H)

Basmalah Sebelum al-Fatihah: Sirr atau Jahar?

Allahuakbar 

Imam mengangkat takbir. 

"Alhamdulillah hirabbil 'alamin...."

Tercengang Pak Mat dan orang-orang kampung di belakang. Tidak pernah didengar imam tidak memulakan al-Fatihah dengan membaca basmalah. 
"Eh, tok Imam ni baca bismillah ke tak? Macam dengar tak dengar je...",getus hati Pak Mat
Pembaca mungkin pernah mengalami situasi sebegini. Mungkin juga pernah terdengar percanggahan pendapat tentang isu ini.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification