Makluman

Blog ini diselia oleh Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.

Manaqib Imam Abu Hassan al-Asy'ari



Nama sebenar beliau ialah Abu al Hassan Ali bin Ismail bin Abi Bisyr Ishak bin Salim bin Ismail bin Abdullah bin Musa bin Amir al Basrah Bilal bin Abi Burdah bin Abi Musa Abdullah bin bin Qis (sahabat Baginda SAW). Beliau dilahirkan pada 260 Hijrah.
Ayahnya ialah Ismail bin Ishak, merupakan muhaddith dan berpegan dengan Mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Sebelum kematiannya, beliau mewasiatkan anaknya kepada Zakaria bin Yahya as Saji, yang merupakan seorang faqih dan hebat dalam ilmu Hadis.

Beliau juga berketurunan daripada Abu Musa al Asy’ari yang merupakan Sahabat Nabi SAW, dan terlibat dalam peristiwa Tahkim, yang menyebabkan munculnya Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Beliau hidup sederhana dengan mengusahakan tanah milik keturunannya. Dengan wang inilah beliau menyara kehidupannya.



Setelah kematian ayahnya, ibunya berkahwin dengan Imam Abu Ali al Juba’i seorang ulama dalam Mazhab Muktazilah. Beliau mempelajari ilmu daripadanya sehinggalah beliau berada di dalam Mazhab Muktazilah dalam tempoh yang lama, sehingga menjadi salah seorang ulama di dalam Mazhab tersebut.

Setelah beberapa lama di dalam Mazhab tersebut, beliau masih belum yakin dengan keshihan mazhab tersebut. Beliau banyak berdebat dengan bapa tirinya, dan banyak perkara telah menyebabkan beliau menang di dalam perdebatan tersebut. Setelah beberapa kali berbincang dan berfikir, akhirnya beliau dapat mengetahui tentang kesilapan dan kesalahan dalam Muktazilah.

Lalu beliau bangun berucap di dalam satu khutbah menyatakan bahawa beliau sudah tidak lagi bermazhab Muktazilah. Bermula peristiwa inilah beliau mengemukakan Mazhab baru iaitu Mazhab Asya’irah yang berpandukan dengan aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang berpegan dengan al Quran dan As Sunnah. Beliau wafat di Baghdad pada 320 Hijrah

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification