Makluman

Blog ini diselia oleh Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.
Showing posts with label Bedah Kitab. Show all posts
Showing posts with label Bedah Kitab. Show all posts

Karya Utama Usuluddin: Maqalat al-Islamiyyin wa Ikhtilaf al-Musallin


Tajuk Buku: Perinsip-Perinsip Dasar Aliran Teologi Islam
Judul Asal:  مقالات الإسلاميين واختلاف المصلين
Pengarang: Abul Hasan Ismail al-Asy'ari
Cetakan: al-Maktabah al-'Asriyyah, Beirut.
KARYA UTAMA USULUDDIN
MAQĂLĂT AL-ISLĂMIYYĪN WA IKHTILĂF AL-MUSALLĪN
ZAMRI BIN HASHIM
PENDAHULUAN
Di antara karya agung yang terawal tulisan ulama silam dalam bidang usul al-din ialah buku yang ditulis oleh Sheikh ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah Abu al-Hassan al-‘Ash‘ari iaitu kitab al-Maqālāt al-Islāmiyyīn wa ikhtilaf al-Musallīn.Kitab ini telah membuat pendedahan yang berharga lagi jujur terhadap golongan-golongan yang seolah-olah mewakili sebahagian umat Islam tetapi hakikatnya golongan-golongan ini jauh menyeleweng dari landasan ‘akīdah ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.Buku ini telah mendapat pujian daripada Ibnu Taimiyyah di dalam kitabnya Muāfaqah sorīh al-Ma‘qūl li sohih al-Manqūl dan menyifatkannya sebagai amat hampir dengan akidah Imam Ahmad bin Hanbal.[1]

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification