Makluman

Blog ini diselia oleh Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Skirts Sebagai Pakaian Rasmi Badminton Malaysia

Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama sangat kesal dengan pendirian BAM (Badminton Association of Malaysia) menyokong arahan BWF (Badminton World Federation) supaya pemain badminton wanita memakai skirt sebagai pakaian rasmi sukan tersebut. Arahan terbabit berkuatkuasa bermula 1 Jun 2011 ini di Kejohanan Badminton Terbuka Singapura.


Merujuk web BWF, di bawah klausa 19,2, dinyatakan bahawa: “In order to ensure attractive presentation of badminton at tournaments organised or sanctioned by the BWF, all clothing worn by players shall be acceptable badminton sports clothing. In level 1-3 tournaments, women must wear skirts or dresses.”


Alasan menjadikan sukan tersebut supaya lebih menarik digunakan oleh pihak BWF, sama sekali tidak munasabah. Sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, Malaysia khususnya BAM sepatutnya membantah sekeras-kerasnya arahan tersebut. Reaksi BAM yang seakan tidak membantah BWF lansung tidak mencerminkan identiti Malaysia yang berpengaruh dan disegani oleh negara Islam dunia. 


Agama Islam amat menghormati kedudukan kaum wanita. Alasan yang diberikan oleh BWF dilihat seolah-olah mengekploitasi serta menjatuhkan maruah kaum wanita. Keadaan ini seumpama suasana yang berlaku pada zaman Jahiliyyah Arab di mana wanita menjadi bahan eksploitasi dan murahan. Saiyidina Umar al-Khathab pernah berkata, 


"Pada masa Jahiliyah, wanita itu tak ada harganya bagi kami. Kemudian akhirnya Islam datang dan menyatakan bahawa wanita itu sama darjatnya dengan laki-laki."


Islam sendiri meletakkan hak serta mertabat kaum wanita pada kedudukan yang tinggi. Justeru kaum wanita perlu sedar dan tidak boleh sewenang-wenangnya membenarkan mereka menjadi bahan eksploitasi sesetengah pihak. 


Jika hujah majoriti pemain badminton wanita negara adalah bukan beragama Islam, ia bukan alasan bagi pihak BAM untuk menyokong arahan tersebut. Tambahan pula, rakyat Malaysia adalah majoritinya beragama Islam serta umum mengetahui masyarakat timur cukup kaya dengan adab kesopanan yang tinggi. Sekurang-kurangnya, BAM haruslah mengambil kira serta mengutamakan budaya ketimuran yang menjadi kebanggan Malaysia sebelum membuat sebarang pendirian.


Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama menggesa agar BAM menarik balik kenyataan kerana tindakan tersebut langsung tidak mencerminkan agama Islam serta budaya rakyat Malaysia.


Sila rujuk: New Date for New Clothing Regulations



Mohamad Razif bin Mohamad Fuad
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama sesi 2011/2012
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan 
Universiti Sains Islam Malaysia

Pendirian PERWADAH Berhubung Isu Program Liqa' Anjuran SPMM

Sekadar hiasan

PENDAHULUAN

Lewat kini, sudah mula timbul beberapa isu di peringkat kampus berkenaan perihal tabdi’ dan takfir. Isu ini pada mulanya hanyalah sekitar hal-hal terpencil sebelum merebak kepada perkara-perkara yang lebih besar.

Menurut laporan yang diterima, wujud segelintir pihak yang menolak pelaksanaan usrah ataupun dinamakan sebagai Liqa’ di Universiti Sains Islam Malaysia. Program Liqa’ ini adalah hasil usahasama antara Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia USIM dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM.

Golongan ini dikatakan menghukumkan liqa’ atau usrah atau apa juga yang berkaitan dengannya sebagai haram dan bid’ah. Masih kabur mengapa pendekatan ini tidak dipersetujui oleh sesetengah golongan ini. Mungkin kerana berdalilkan perkara ini (usrah/liqa’/halaqah) tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W.  Mungkin juga ini disebabkan oleh pendekatan dakwah melalui usrah yang dijalankan oleh Ikhwanul Muslimin ini tidak dipersetujui oleh golongan ini.

Hakikatnya, memang terdapat beberapa perselisihan faham antara sebahagian dari golongan ini dengan manhaj yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin dan khususnya pendirian beberapa pimpinan  Ikhwanul Muslimin dalam beberapa isu.

Nikah Khitbah?




Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yang diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duaan atau merendek) antara lelaki dan wanita.
Ada yang memberi alasan untuk ber’couple’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum “cuba-cuba” atau “trial and error”. Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata, “Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!”

Lagi pertempuran di Libya



RAS LANOUF, Libya 6 Mac - Helikopter tentera prokerajaan melepaskan tembakan ke arah tentera pemberontak yang bergerak menuju ibu negara ini di sepanjang kawasan pesisir pantai Mediterranean, menyaksikan kedua-dua pihak terlibat dalam beberapa pertempuran tegang.
Pertempuran dilapor berlaku di dua bandar yang terletak sejauh 30 kilometer setiap satu iaitu Ras Lanouf dan Bin Jawad di barat Libya.

Menurut doktor, pertempuran di Bin Jawad mengakibatkan dua maut sementara 30 yang lain dilaporkan cedera.
Pemberita Associated Press di tempat kejadian melaporkan, penyokong pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berjaya menawan semula Bin Jawad, kira-kira 160 kilometer di timur Sirte

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification