Makluman

Blog ini diselia oleh Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.

Siswa Pengajian Akidah & Agama Muncul Johan Debat BM Piala NC

Abdul Rahman Abdul Kodir, Exco Siaraya & TTK PERWADAH sedang beraksi sebagai pendebat kedua
Nilai 5 Februari 2011 - Kumpulan Debat Bahasa Melayu FKP (A) telah muncul sebagai Johan dalam Kejohanan Debat Bahasa Melayu Piala Naib Canselor USIM. Kemenangan ini adalah satu kejutan buat FKP yang sudah 5 tahun menanti untuk merangkul piala brprestij itu.

Rahmansyahputra Afrizal, YDP Persatuan Mahasiswa FKP yang ditemuramah semalam berkata, "Kita akan cuba usulkan kepada pihak fakulti untuk mewujudkan sebuah Bilik Debat FKP sebagai tanda penghargaan dan hadiah kepada para pendebat kita."


Abdul Rahman, pendebat FKP yang juga adalah Mahasiswa Tahun 1 ketika ditemuramah menyatakan, "Kami tidak menyangka akan menang pada perlawanan akhir semalam. Ini kerana, saingan dari FSU juga sengit. Apapun, saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua penyokong yang datang memberikan sokongan padu semalam."

FKP juga sekali lagi mencipta nama apabila pendebatnya, saudara Arif Bashiruddin (Ijazah Sarjana Muda Komunikasi) muncul pendebat terbaik kategori Bahasa Melayu. Kumpulan debat Bahasa Melayu FKP (A) dianggotai oleh 2 orang siswa (Arif dari program Komunikasi dan Abdul Rahman dari program Pengajian Akidah dan Agama) serta seorang siswi (Nuraini Sobri dari program Kaunseling). Pendebat simpanan adalah adalah Nurmuflita dari program Komunikasi.

Pertandingan peringkat akhir Kejohanan Debat Piala Naib Canselor membawa usul "Malaysia Perlu Lebih Terbuka" dan FKP bertindak sebagai pihak pembangkang.

Kejohanan Debat Piala Naib Canselor itu juga menyaksikan Fakulti Syariah dan Undang-Undang terus mengungguli piala itu dengan muncul sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Debat Piala Naib Canselor. 

Pertandingan Debat Kategori Bahasa Inggeris dimenangi oleh Fakulti Pergigian manakala kategori Bahasa Arab dimenangi oleh Fakulti Syariah dan Undang-Undang.


Klik sini untuk melihat koleksi foto

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification