Makluman

Blog ini diselia oleh Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.

Skirts Sebagai Pakaian Rasmi Badminton Malaysia

Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama sangat kesal dengan pendirian BAM (Badminton Association of Malaysia) menyokong arahan BWF (Badminton World Federation) supaya pemain badminton wanita memakai skirt sebagai pakaian rasmi sukan tersebut. Arahan terbabit berkuatkuasa bermula 1 Jun 2011 ini di Kejohanan Badminton Terbuka Singapura.


Merujuk web BWF, di bawah klausa 19,2, dinyatakan bahawa: “In order to ensure attractive presentation of badminton at tournaments organised or sanctioned by the BWF, all clothing worn by players shall be acceptable badminton sports clothing. In level 1-3 tournaments, women must wear skirts or dresses.”


Alasan menjadikan sukan tersebut supaya lebih menarik digunakan oleh pihak BWF, sama sekali tidak munasabah. Sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, Malaysia khususnya BAM sepatutnya membantah sekeras-kerasnya arahan tersebut. Reaksi BAM yang seakan tidak membantah BWF lansung tidak mencerminkan identiti Malaysia yang berpengaruh dan disegani oleh negara Islam dunia. 


Agama Islam amat menghormati kedudukan kaum wanita. Alasan yang diberikan oleh BWF dilihat seolah-olah mengekploitasi serta menjatuhkan maruah kaum wanita. Keadaan ini seumpama suasana yang berlaku pada zaman Jahiliyyah Arab di mana wanita menjadi bahan eksploitasi dan murahan. Saiyidina Umar al-Khathab pernah berkata, 


"Pada masa Jahiliyah, wanita itu tak ada harganya bagi kami. Kemudian akhirnya Islam datang dan menyatakan bahawa wanita itu sama darjatnya dengan laki-laki."


Islam sendiri meletakkan hak serta mertabat kaum wanita pada kedudukan yang tinggi. Justeru kaum wanita perlu sedar dan tidak boleh sewenang-wenangnya membenarkan mereka menjadi bahan eksploitasi sesetengah pihak. 


Jika hujah majoriti pemain badminton wanita negara adalah bukan beragama Islam, ia bukan alasan bagi pihak BAM untuk menyokong arahan tersebut. Tambahan pula, rakyat Malaysia adalah majoritinya beragama Islam serta umum mengetahui masyarakat timur cukup kaya dengan adab kesopanan yang tinggi. Sekurang-kurangnya, BAM haruslah mengambil kira serta mengutamakan budaya ketimuran yang menjadi kebanggan Malaysia sebelum membuat sebarang pendirian.


Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama menggesa agar BAM menarik balik kenyataan kerana tindakan tersebut langsung tidak mencerminkan agama Islam serta budaya rakyat Malaysia.


Sila rujuk: New Date for New Clothing Regulations



Mohamad Razif bin Mohamad Fuad
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama sesi 2011/2012
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan 
Universiti Sains Islam Malaysia

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification