Assalamualaikum warahmatullah.
Rakan-rakan sekalian.
Setelah mengalami penangguhan beberapa kali, Insya Allah Muzakarah Kepimpinan dan Pengurusan akhirnya akan berlangsung jua. Dimaklumkan bahawa Muzakarah ini akan berlangsung pada ketetapan berikut:
Nama Program: Muzakarah Kepimpinan dan Pengurusan
Tarikh: 21 DISEMBER 2011 (RABU)
Lokasi: Bilik Mesyuarat Utama, FKP
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang.
Antara penyumbang kertas kerja dan tajuk pembentangan tidak rasmi adalah:
1. Prof. Mousbah dan Dr. Kamaludin - KAEDAH PERUBATAN/RAWATAN HISTERIA MENGIKUT ISLAM
2. Puan Suriani dan Puan Jaziratul Shila -PENGALAMAN MENGENAI ETIKA/CARA HIDUP DI PERANTAUAN DAN PERBANDINGAN DENGAN MASYARAKAT MUSLIM MALAYSIA
3. Encik Neezam, Cik Suria Hani, Encik Zaki, dan Encik Wan Fazrul - DAKWAH DI TEMPAT KERJA
4. Prof. Madya Datin Dr. Sapora Sipon - TITIPAN PENGALAMAN BERSAMA MASYARAKAT JAWA DI PANCHOR MUAR
5. Para Pelajar Dakwah Tahun 3 - ETIKA KERJA ISLAM: ANTARA PANDANGAN UMUM DAN PERSPEKTIF AKADEMIK
Masih ada beberapa ahli akademik yang belum confirm untuk membentangkan kertas kerja mereka. Mereka yang berminat untuk menyumbangkan apa-apa bahan pembentangan adalah dialu-alukan dan peluang masih dibuka.
Makluman lebih lanjut akan diumumkan esok.
Semua kakitangan akademik dan pentadbiran diundang untuk hadir. Para pelajar juga dialu-alukan untuk menyertai Muzakarah ini.
Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment